Jumaat, 16 April 2010

Ghaib Mu.

Biar ghaib mu suatu misteri.
Tiada ku mencari sebarang pembayang lagi.
Biar ia bertanda tanya saja.
Hati ku dah lama bertitik noktah.
Biar, biarlah berlalu.Biar, biarlah begitu.
Biar waktu mengubat rindu.
Tiada ku mencari sebarang penawar pilu.
Biarlah mereka tertanya-tanya.
Hati ku dah lama berganti arah.
Mana pergi janji setia di sisi, hanya aku yang tertunggu-tunggu.
Waktu pun berjalan.
Tak berkesempatan.
Kau hilang tanpa pesanan.
Biar ghaib mu suatu misteri.
Tiada ku mencari sebarang pembayang lagi.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails